Pengenalan
Unjuran Ortografik adalah lukisan bagi membentuk
sesuatu objek pada satah unjuran apabila garisan-garisan penglihatan dari mata
pemerhati kepada objek adalah selari antara satu sama lain. Di dalam unjuran
ortografik juga , objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas kecuali
pelukis yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar
daripada unjuran ortografik. Unjuran ini juga boleh diertikan sebagai lukisan
dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan menggunakan ukuran lebar dan
tinggi atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Perkataan unjuran digunakan bagi
menggambarkan kaedah lukisan ortografik yang dilukis. Sesuatu arah pandangan lukisan
objek diunjurkan ke arah permukaan yang rata dan bersudut tepat. Oleh itu,
lukisan yang dibina memerlukan imaginasi bagi memaparkan lukisan ortografik
yang sebenar.Unjuran ortorgafik boleh ditunjukkan dalam unjuran sudut
pertama dan ketiga.
Definisi
Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan
sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau
lebih pandangan di atas satah-satah yang biasanya bersudut tepat diantara
satu dengan lain.
Unjuran Ortografik dilukis berdasarkan 3 konsep
iaitu:-
i. Pandangan Hadapan
§ Dilukis
dari pandangan ke arah objek yang lebih panjang dan tinggi.
§ Pandangan
turut dilakukan pada satah unjuran dari objek.
§ Pemilihan
arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian
objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan
bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya
garisan tersembunyi.
§
ii. Pandangan
atas
§ Dilukis
dari pandangan ke arah objek yang lebar dan panjang.
§ Dikenali
juga pandangan pelan
§ Satah
unjuran yang mengufuk di atas objek dan satu lagi pandangan boleh diunjurkan
pada satah tersebut sebagai pandangan atas
iii. Pandangan
Sisi
§ Dilukis
dari pandangan ke arah objek yang lebar dan tinggi.
§ Pandangan
yang dilihat dari arah kanan objek.
§ Pemilihan
arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan
bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding
dengan garisan tersembunyi.
§
Satah Unjuran
Konsep Ortografik menggunakan satah unjuran dan
pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama
terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan
antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan
Objek (Benda yang dlukis)
Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama
atau unjuran ketiga. Setiap Ob jek yang dilukis mempunyai ukurannya yang
tertentu dan ukurannya mestilah tepat. Objek yang dilukis biasanya mempunyai
beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap
pandangan, seperti rajah berikut

0 comments:
Post a Comment